Wednesday 6 November 2013

Nasyid

                                  NASYID

  SEBUAH PERTEMUAN




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

*)
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Back to *)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Thursday 31 October 2013



Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.




Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.

Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.

Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

 
 Kebaikan Vitamin C


Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.


Read more http://vitaminsemulajadi.com/kebaikan-vitamin-c/

Ciri-ciri Orang Munafik



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .
Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Apa itu Gagasan 1Malaysia?


                             Apa itu Gagasan 1Malaysia ?





Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai. Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.

Objektif Utama Gagasan 1Malaysia

1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia.

1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Dua Aspek Utama Dalam 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ;

ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN

Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI

Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.
TIGA PRINSIP – TERAS PERPADUAN

1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip TERAS PERPADUAN dalam memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ;

1.       PENERIMAAN
Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

2.       KENEGARAAN
Konsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas pembentukkan 1Malaysia.

3.       KEADILAN SOSIAL
Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum-kaum lain.

LAPAN – NILAI ASPIRASI

1.       BUDAYA BERPRESTASI TINGGI
Setiap perkara dan tugas dilakukan secara cemerlang.

2.       BUDAYA KETEPATAN
Mencapai status negara maju dengan menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3.       BUDAYA ILMU
Rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan terkini serta kesediaan untuk menimba ilmu secara berterusan.
  
4.       INTEGRITI
Rakyat memiliki integrity yang tinggi yang mencakupi nilai-nilai murni seperti amanah, bersih dan cekap dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawab.

5.       KETABAHAN
Rakyat memiliki sifat berdedikasi , penuh iltizam, azam dan tekad serta tidak mudah mengaku kalah dalam mengharungi masaalah dan cabaran.

6.       KESETIAAN
Rakyat harus memiliki kesetiaan yang sepenuhnya terhadap negara dan sedia berbakti dan berkorban demi negara.

7.       KEBIJAKSANAAN
Rakyat harus menghadapi sebarang masaalah secara penuh berhemah dan teliti bagi mengelakkan sebarang konflik antara kaum.

8.       BUDAYA INOVASI
Rakyat haruslah berinovasi, iaitu memiliki sifat-sifat seperti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masaalah dan sentiasa perintis dalam apa jua lapangan.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)


 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA

1.      NATIONAL KEY RESULTS AREAS -NKRA           
1.1               Merupakan satu gagasan baru daripada Perdana Menteri Dato Seri Najib  Tun Razak pada tahun 2009.
1.2               Tujuan ialah untuk mendapat “BIG FAST RESULT”. Model transformasi memberi tumpuan kepada 2 perkara :-
a.        Melaksanakan tindakan (doing/action) .
b.      Menghasilkan perwatakan ( Being/ Character).

1.3               Enam rahsia utama memacu transformasi;
·         Menetapkan sesuatu yang mustahil (The game of Impossible)
·         Memperkukuhkan NKRA
·         Tindakan disiplin –rancang dan pantau keputusan
·         Kepimpinan situasional –directive at the beginning then empower
·         Kerjasama yang menguntungkan antara rakan utama dengan pihak berkepentingan (di    luar organisasi )(Winning Coalition between partners dan stakeholders)
·         Ketentuan Illahi (Devine Interventions)- lebih 60% di luar kawalan.

1.4               Government Transformation Programme  (GTP) Key Success Factor
·         Leadership drive
·         Clear Roadmap
·         Big Fast Result
·         Diciplin

1.5                 8 bidang NKRA
·         Mengurangkan Kadar Jenayah ( Reducing Crime Rate)
·         Membanteras Rasuah (Combating Corruption )
·         Meluaskan Akses Pendidikan Berkualiti  dan Berkemampuan ( Widening Acsess to Quality and Affordable Education )
·         Meningkatkan Standard Keluarga Berpendapatan Rendah ( Raising Living Standard of the Poor)
·         Meningkatkan Infrastruktur di Kawasan Pendalaman ( Improving Infrastructure in Rural Areas and Interior Regions)
·         Menambahbaik Pengangkutan di Kawasan Bandar ( Improving Public Trasnportation)
                          
                                  2 Tambahan Bidang
·         1 Malaysia ( People First, Performance Now)
·         Data Management

 NKRA NO.3 – PENDIDIKAN
  ( Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan)
   6 Sub – NKRA dalam KPM ( MKPI )  

1.        Prasekolah
Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada  akhir taun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

2.      Literasi dan Numerasi
Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selapas selapas tiga tahun mengikut pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

3.      Sekolah Berprestasi Tinggi
Membangunkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi termasuk Sekolah Amanah ( Trust Schools ) menjelang 2012.

4.      New Deal / Bai’ah
Mewujudkan ganjaran baru ( new deals ) berdasarkan penilaian berasaskan prestasi ( performance-based assessment ) kepada pemimpin  sekolah.
Ø  Key Performance Indicator (KPI) , penilaian berdasarkan :
Ø  Pencapaian akademik dan kokurikulum
Ø  Pengurusan organisasi
Ø  Program pendidikan
Ø  Iklim sekolah
Ø  Kepimpinan
Ø  Kemenjadian pelajar


5.      Aliran Vokasional dan Kemahiran (MKRA)
Meningkatkan  penyertaan pelajar sebanyak 100% dalam aliran vokasional dan kemahiran.

6.      Bekalan Elektrik 24 jam ke Semua Sekolah ( MKRA)
Memastikan semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam.